Persamaan serentak

Di dalam matematik, persamaan serentak adalah suatu set persamaan yang mengandungi pelbagai pemboleh ubah. Set ini selalu dirujuk sebagai suatu sistem persamaan. Satu penyelesaian kepada satu sistem penyelesaian adalah suatu nilai spesifik tertentu kepada semua pemboleh ubah yang boleh memuaskan semua persamaan. Untuk menari suatu penyelesaian, penyelesai perlu unutk menggunakan persamaan yang diberi untuk mencali nilai tepat bagi setiap pemboleh ubah. Umumnya, penyelesai meggunakan samada kaedah grafik, kaedah matriks, kaedah penggantian, atau kaedah penyingkiran. Beberapa buku teks merujuk kepada kaedah penyingkiran sebagai kaedah penambahan, kerana ia melibatkan penambahan persamaan (atau pemalar pelbagai persamaan) ke atas satu sama, seperti yang diperincikan lagi di dalam artikel ini.Ini adalah set persamaan linear, juga dikenali sebagai sistem persamaan linear:Menyelesaikan masalah ini melibatkan penolakan x + y = 6 daripada 2x + y = 8 (menggunakan kaedah penyingkiran) untuk membuang pemboleh ubah-y, kemudian permudah hasil penambahan untuk mencari nilai x, kemudian menggantikan nilai x ke dalam persamaan lain untuk mendapatkan y.Penyelesaian sistem persamaan ini adalah:yang mana ia juga boleh ditulis sebagai satu pasangan berturutan (2, 4), yang mewakili koordinati titik persilangan dua garis yang diwakili oleh persamaan-persamaan di atas graf.